Fakta Pengurusan Harta di Malaysia
Apabila berlakunya kematian, semua harta & akaun si mati termasuk Simpanan Bank, Pelaburan-Pelaburan, ASB, EPF akan dibekukan bagi melalui proses wasiat atau faraid.
Hibah Takaful (pampasan takaful) antara instrumen yang terbaik untuk waris/ahli keluarga mendapatkan wang dengan segera bagi meneruskan hidup sementara harta-harta yang dibekukan dapat dicairkan semula.
Hibah Takaful juga dapat bantu mengelakkan konflik & perbalahan dalam ahli keluarga disebabkan perebutan harta yang ditinggalkan. Hal ini kerana, Hibah Takaful tidak boleh dipertikai dan dicabar oleh sesiapa sahaja & penama akan mendapat pampasan penuh dengan lebih cepat.
PERANAN HIBAH TAKAFUL
Bagaimana Hibah Takaful Membantu Keluarga Anda?
1. Wang Tunai Segera Untuk Waris
Apabila berlaku kematian, pampasan Hibah Takaful akan dibayar kepada penama tanpa perlu menunggu proses pembahagian harta pusaka yang panjang. Wang tersebut boleh digunakan oleh keluarga untuk meneruskan kehidupan dengan segera.
2. Tidak Melalui Proses Faraid
Berbeza dengan aset lain seperti rumah, simpanan bank atau pelaburan yang perlu melalui proses faraid, pampasan Hibah Takaful akan terus diberikan kepada penama yang telah ditetapkan.
3. Mengelakkan Konflik Keluarga
Salah satu punca konflik keluarga selepas kematian adalah perebutan harta. Dengan adanya Hibah Takaful, pampasan akan terus diberikan kepada penama dan tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak.
4. Menjamin Kelangsungan Hidup Keluarga
Hibah Takaful membantu memastikan keluarga anda masih mempunyai sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan walaupun selepas kehilangan punca pendapatan utama.
Dapatkan sebut harga percuma dan ketahui pelan Hibah Prudential BSN Takaful yang sesuai dengan bajet anda hari ini.